Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
KV Skills seiring usaha martabatkan TVET
Published on: Thursday, July 27, 2023
Published on: Thu, Jul 27, 2023
By: Johan Aziz
Text Size:
Text:
KV Skills seiring usaha martabatkan TVET
ANNUAR (duduk, tengah) bersama warga Kolej Vokasional zon Sabah dan Labuan selepas merasmikan pertandingan itu.
Kota Kinabalu: Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, Datuk Annuar Ayub menyifatkan pertandingan KV Skills dan RoboKV melibatkan Kolej Vokasional (KV) sangat relevan dan seiring dalam usaha menjayakan agenda dan wadah memartabatkan TVET di negara ini.

Katanya, pertandingan seumpama ini mampu membantu negara dalam mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Advertisement
“KV Skills ini akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan muda serta pelajar terhadap bidang kemahiran yang mampu menjana pendapatan tinggi, di samping mewujudkan platform bagi jaringan kerjasama antara pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta sektor industri dan swasta.

“Pertandingan ini bakal menyaksikan Kolej Vokasional menjadi penggerak inovatif unggul di negara ini yang mengkehendaki perubahan berskala besar dan drastik,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pertandingan KV Skills dan RoboKV bagi Kolej-Kolej Vokasional peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Kolej Vokasional LIkas di sini, baru-baru ini.

Annuar berkata, pembangunan modal insan dan tenaga kerja golongan muda seiring dengan Dasar Revolusi Perindustrian ke-4 Negara atau lebih dikenali sebagai IR 4.0, dan merupakan dua elemen utama yang amat penting dalam mentransformasi negara ke arah status negara maju berpendapatan tinggi yang berpacukan teknologi dan pendigitalan.

Advertisement
Katanya, kejayaan sektor industri bukan sahaja bergantung kepada faktor kos tetapi juga kepada kemahiran tenaga kerja negara, khususnya dalam bidang teknologi dan pendigitalan.

“Matlamat akhir strategi ini adalah untuk memberi peluang kepada warga KV memainkan peranan yang lebih besar dalam bidang pendidikan,” katanya.

Advertisement
Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan berharap usaha ini dapat memastikan warga KV terus bergerak pantas dan berfungsi dengan berkesan bagi membolehkan masyarakat mendapat perkhidmatan terbaik, sekali gus memastikan KV terus relevan dan diperlukan dalam memacu pembangunan negara.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Kolej Vokasional Likas, Haji Mokhtar Haji Ibrahim, Penyelaras KV Skills dan RoboKV Zon Sabah dan Labuan, Ts Amirullah Haji Abdul Karim, serta Pengarah-Pengarah Kolej Vokasional zon Sabah dan Labuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here