Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah perlu sedia terima lebih ramai pelancong
Published on: Thursday, July 27, 2023
Published on: Thu, Jul 27, 2023
By: Johan Aziz
Text Size:
Text:
Sabah perlu sedia terima lebih ramai pelancong
JEFFREY bersama Robert dan Annuar mengetuai perarakan budaya dengan berjalan sejauh 200 meter dari Pasar Malam ke Pusat Informasi Pelancongan Keningau sebagai gimik pembukaan rasmi pusat itu.
KENINGAU: Sabah perlu bersedia menerima lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, memandangkan jumlah itu terus meningkat dari tahun ke tahun, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata pelancongan merupakan sektor penting bagi ekonomi sesebuah negara atau negeri apatah lagi bagi sesebuah daerah kerana aktiviti pelancongan boleh mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan negara serta mempromosikan budaya dan warisan tempatan.

Advertisement
“Seiring dengan peredaran masa, pelancongan telah berkembang dan maju dengan cara yang luar biasa, menjadikannya salah satu sektor paling pesat berkembang dalam ekonomi global,” katanya ketika menyempurnakan pembukaan rasmi Pusat Informasi Pelancongan Daerah Keningau bernilai RM200,000, di sini, Selasa.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, industri pelancongan di negeri ini telah berkembang pesat dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pencapaian ini tidak boleh dipisahkan daripada peranan aktif Kerajaan dan sektor swasta dalam menggalakkan dan membangunkan sektor itu,” katanya.

Memetik statistik pelancongan, Jeffrey berkata jumlah ketibaan pelancong ke Sabah sehingga Mei tahun ini ialah 988,680 orang.

Advertisement
Beliau berkata dalam tempoh sama tahun lepas, jumlah ketibaan pelancong ialah 558,169 orang, dan ini menunjukkan pertumbuhan sebanyak 77.13 peratus.

“Pada 2022, jumlah ketibaan pelancong ialah 1,727,740 dan kehadiran mereka dijangka terus meningkat. Sejak pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah telah menarik perhatian masyarakat global.

Advertisement
“Keunikan geografi Sabah yang terletak di garisan Khatulistiwa dan beriklim tropika memberikan kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan,” katanya, menambah pelancongan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat, khususnya di luar bandar, bermula dari puncak Gunung Kinabalu hingga ke Taman Bandukan Riverside Resort (TBRR).

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata pelancongan turut memainkan peranan penting dalam menambah baik infrastruktur negeri.

Seiring dengan perkembangan industri ini, infrastruktur seperti lapangan terbang, jalan raya dan pengangkutan awam telah dinaik taraf dan diperbaharui.

Beliau berkata industri pelancongan juga memperkayakan penghayatan budaya dan alam semula jadi Sabah dan melalui konsep ekopelancongan.

“Pelancong berpeluang meneroka kawasan semula jadi seperti Banjaran Crocker. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengetahuan tetapi mengingatkan kita tentang kepentingan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam semula jadi.”

Jeffrey berkata, penggubal undang-undang dan penggubal dasar negeri perlu menggubal dan melaksanakan dasar yang dapat memberi manfaat maksimum daripada industri ini kepada rakyat dan negeri.

Beliau menggesa penggiat pelancongan di daerah ini dan sekitarnya agar dapat mempergiatkan promosi pelancongan dengan strategi yang berkesan dan cekap agar masyarakat luar lebih mengenali Keningau dan Negeri amnya serta berminat untuk berkunjung ke tempat ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here