Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Kajian skim baharu gaji, persaraan penjawat awam akan ambil masa lapan bulan’
Published on: Thursday, July 27, 2023
Published on: Thu, Jul 27, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Kajian skim baharu gaji, persaraan penjawat awam akan ambil masa lapan bulan’
SEREMBAN: Skim gaji dan persaraan penjawat awam yang baharu akan mengambil masa hingga lapan bulan untuk dikaji sebelum dibentang ke Mesyuarat Kabinet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh termasuk soal gaji guru dalam usaha Kerajaan Perpaduan meningkatkan pendapatan penjawat awam.

Advertisement
“Saya akan bentangkan (hasil kajian) kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan tertakluk kepada peningkatan hasil dalam negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Guru-Guru Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya unjuran hasil negara ketika ini juga lebih baik daripada unjuran awal kerana lebih ramai yang tampil membayar cukai.

 Katanya sementara laporan kajian itu tersebut disiapkan, kerajaan telah mengumumkan sumbangan khas kepada penjawat awam dan pesara yang akan disalurkan dua minggu lagi. 

Advertisement
“Saya boleh umum RM1,000 tetapi saya tidak mahu tambah hutang lagi sebab hutang negara terlalu tinggi, itu pun banyak peruntukan pembaziran telah dipotong,” katanya. 

Perdana Menteri dilaporkan kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah dan bantuan RM200 kepada pesara kerajaan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, serta lebih sejuta pesara.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here