Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Koperasi perlukan penglibatan lebih ramai belia: Ewon
Published on: Friday, July 28, 2023
Published on: Fri, Jul 28, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Koperasi perlukan penglibatan lebih ramai belia: Ewon
KOTA KINABALU: Usaha perlu ditingkatkan untuk menggalakkan penglibatan lebih ramai belia dalam gerakan koperasi di negara ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata gerakan koperasi merupakan antara platform terbaik golongan belia mengukuhkan kerjasama sesama belia dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

Advertisement
Katanya setakat Disember tahun lepas daripada lebih 15,000 koperasi berdaftar di Malaysia, hanya 207 koperasi melibatkan golongan belia dengan keanggotaan seramai 99,954 orang dan perolehan sebanyak RM26.60 juta.

“Berdasarkan statistik itu, masih banyak ruang boleh diperkasa dan dilipatgandakan bagi meningkatkan penglibatan belia dalam koperasi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini memerlukan kerjasama semua pihak terutamannya antara kerajaan dan kalangan belia serta penglibatan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya menerusi kenyataan sempena Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik di sini hari ini.

Sabah buat julung kalinya dipilih menjadi tuan rumah sidang tiga hari itu berakhir pada Ahad ini (30 Julai) yang dihadiri 186 peserta dari 19 negara.

Advertisement
“Saya berharap melalui pemilihan Sabah sebagai tuan rumah dapat meningkatkan minat golongan belia terutamanya Sabah untuk melibatkan diri dalam gerakan koperasi bagi menjana pendapatan negara,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here