Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lembaga Padi Sabah diwujud semula: Untuk meningkatkan SSL beras negeri dan mengurangkan import
Published on: Friday, July 28, 2023
Published on: Fri, Jul 28, 2023
By: Anthea Peter
Text Size:
Text:
Lembaga Padi Sabah diwujud semula: Untuk meningkatkan SSL beras negeri dan mengurangkan import
Teks ucapan Hajiji (kanan) dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (kiri)
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) kini dalam proses mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah (LPS) bagi membangunkan industri padi dan beras di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pewujudan semula Lembaga Padi Sabah itu dijangka dapat meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negeri Sabah kepada 60 peratus menjelang 2030.

Advertisement
“Ketika ini, SSL beras Sabah berada pada paras 22 peratus manakala 78 peratus keperluan beras di negeri ini ditampung melalui beras import dari negara seperti China, Vietnam, Thailand dan Pakistan.

“Kita berharap dengan pewujudan semula Lembaga Padi Sabah, kita akan dapat meningkatkan tahap SSL beras negeri sekali gus dapat mengurangkan beras import,”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
katanya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2023 di Wisma Pertanian, di sini, pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Advertisement
Hajiji berkata, Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet, diketuai oleh MAFFI, bagi menangani isu SSL di negeri ini.

“Saya berbangga dengan usaha gigih MAFFI dan agensi di bawahnya serta agensi Kerajaan Persekutuan yang telah menggembleng tenaga bersatu padu menjayakan matlamat meningkatkan SSL pengeluaran semua jenis bahan makanan di negeri ini.

Advertisement
“Antara isu yang dikenalpasti berkaitan keluasan kawasan sawah yang semakin kurang kerana digunakan sebagai kawasan pembangunan perumahan dan kedai komersial. 

“Untuk menangani isu ini, kerajaan telah meneroka kawasan penanaman padi baharu di Trusan Sapi, Daerah Beluran seluas kira-kira 2,000 ekar (809.37 hektar),” katanya. 

“Ia dimajukan secara bersepadu oleh MAFFI dan agensinya iaitu Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran dengan penglibatan pihak sektor swasta serta penduduk Trusan Sapi sebagai peserta penanaman padi,” katanya. 

Ketua Menteri berkata, semua usaha yang diambil kerajaan ini bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan menghasilkan lebih banyak produk pertanian bernilai tinggi untuk tujuan komersial yang berupaya merangsang pertumbuhan sektor berkenaan.

“Sektor pertanian, perikanan dan penternakan mempunyai potensi yang sangat besar untuk terus dibangunkan di negeri ini.

“Penekanan adalah kepada aktiviti-aktiviti rantaian nilai secara menyeluruh iaitu peningkatan pengeluaran, pengumpulan hasil, pemprosesan dan pemasaran yang lebih sistematik serta penggunaan teknologi terkini untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan perluasan pasaran eksport ke luar negara,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, bagi subsektor tanaman, sebanyak RM115.39 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian untuk meningkatkan pengeluaran pelbagai hasil tanaman, bagi menjana pendapatan golongan petani daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan.

“Usaha kerajaan untuk membantu golongan sasar B40 dan miskin tegar akan diteruskan menerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) dengan peruntukan berjumlah RM20.28 juta. Seramai 2,015 peserta akan menerima manfaat daripada pelaksanaan pelbagai program ternakan dan tanaman. 

“Di samping itu, KPD Smart System telahpun dibangun dan akan digunakan di pusat-pusat pengumpulan hasil tani KPD. Dalam subsektor perikanan pula, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan, Ko-Nelayan dan SAFMA antaranya, akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin sumber bekalan perikanan yang mencukupi di negeri ini.

“Antaranya, menggalakkan nelayan muda mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar, pengkulturan rumpai laut, termasuk meneroka industri hiliran pemprosesan hasil perikanan dengan mengeluarkan produk seperti Keropok Amplang,” katanya.

Beliau berkata sejumlah RM46.09 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perikanan pada tahun ini, bagi meneruskan pelbagai program jaminan pengeluaran hasil perikanan mampan untuk menampung pasaran dalam negara dan antarabangsa.

“Manakala bagi sektor ternakan, Sabah masih mengimport daging lembu, daging kambing, produk tenusu, produk ayam dan telur. Bagaimanapun, usaha giat sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah melalui Projek Memperkasa Industri Ruminan Sabah yang bernilai RM50 juta.

“Jabatan ini juga menjalin kerjasama dengan beberapa GLC melalui projek seperti Projek Integrasi Ternakan di Bawah Kelapa Sawit (Pintar), Projek Ternakan Kambing dan Program Transformasi Ternakan,” katanya.

Sementara itu, Jeffrey berkata tindakan beberapa negara pengeluar di Asia seperti India, yang mengharamkan eksport beras, tidak mungkin menyebabkan harga beras di Sabah meningkat.

“Ini tidak semestinya berlaku kerana kuantiti import kita masih sama dan stok simpanan kita masih tinggi. Kita juga bekerjasama dengan Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

“India, Pakistan, Vietnam dan Thailand adalah antara sumber kita (untuk import beras), tetapi memandangkan India telah mengharamkan eksport berasnya, kita akan mencari sumber lain, kerana mengimport beras masih lebih murah daripada mengeluarkan beras kita sendiri.

“Kita hanya mahu mengurangkan pergantungan import, sebab itu Kerajaan Negeri mencari jalan untuk meningkatkan SSL beras Sabah kerana ia terlalu rendah,” katanya pada sidang media.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here