Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perjanjian tiada sebut perlu kosongkan kerusi: Adun
Published on: Friday, July 28, 2023
Published on: Fri, Jul 28, 2023
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
Perjanjian tiada sebut perlu kosongkan kerusi: Adun
Menurut Ahmad Sah (kanan), surat tersebut juga tidak menyebut apa-apa mengenai bon yang perlu dibayar sekiranya Adun keluar daripada Warisan. Shafie (kiri).
Kota Kinabalu: Surat perjanjian ditandatangani bersama Parti Warisan (Warisan) tidak menyebut tentang keperluan mengosongan jika keluar parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata, jika Warisan ingin mendapatkan perintah mahkamah untuk meminta Adun yang keluar parti untuk mengosongkan kerusi, itu terserah kepada mereka.

Advertisement
Katanya, beliau tidak risau sekiranya Warisan ingin mengenakan tindakan saman terhadap bekas Adun keluar parti seperti dirinya.

Beliau berkata, kandungan surat perjanjian yang ditandatangani hanya untuk menjadi calon dan menyatakan taat setia kepada parti. Ia tidak menyebut tentang perlu mengosongkan kerusi sekiranya keluar parti.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Ahmad Sah, surat tersebut juga tidak menyebut apa-apa mengenai bon yang perlu dibayar sekiranya Adun keluar daripada Warisan.

“Kita tiada tandatangan bon, kita cuma tandatangan untuk jadi calon dan berjanji setia kepada parti,” katanya ketika ditemui pada Khamis.

Advertisement
Beliau yang kini menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, terpulang kepada Warisan jika ingin mengambil tindakan di mahkamah dan terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Kalau Warisan mahu ambil tindakan terhadap saya atau mana-mana wakil rakyat yang telah berpindah, itu urusan mereka dengan mahkamah,” katanya.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau mendakwa semasa pilihan raya banyak keputusan dibuat oleh Warisan tidak begitu baik. Itu menyebabkan beliau memutuskan untuk meninggalkan parti selepas mengambil kira apa yang terbaik untuk rakyat di kawasannya.

Jelasnya, sejak keluar dari Warisan pada 27 Februari lalu, beliau belum menerima sebarang surat saman daripada Warisan.

Pada 20 Julai lalu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan, Warisan dalam proses memfailkan tindakan saman terhadap 10 bekas Adun yang melanggar syarat perjanjian ditandatangani semasa menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020.

Tindakan saman itu diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin yang diperintahkan untuk membayar bon berjumlah RM10 juta kepada PKR kerana keluar parti.

Adun lain yang keluar dari Warisan termasuk Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama), Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Rina Jainal (Kukusan), Norazlinah Arif (Kunak), Mohammad Mohamarin (Banggi), Ben Chong (Tanjung Kapor) dan George Hiew (Karamunting).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here