Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam tempoh enam bulan statistik berada di laut, dengan bantuan 89 aset yang ditempatkan di seluruh perairan Sabah dan Labuan.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik menjelaskan Maritim Malaysia telah menetapkan untuk menjaga keseluruhan pulau yang ada di Sabah dan Labuan.
“Untuk zon seluruh Sabah dan Labuan kita mempunyai 18 kapal dan 71 bot di mana tiga kapal dan 15 bot beroperasi di kawasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Untuk tahun ini kita sudah mencapai prestasi selama enam bulan hari berada di laut.
“Secara keseluruhan kita berjaya walaupun ada kekangan dan kita menggunakan kerjasama pegawai sedia ada dan pengarah zon untuk kita kekal beroperasi 24 jam, tujuh hari,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Maritim Malaysia di sini, pada Khamis.
Advertisement





