Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tanda jalan pudar di Sembulan dicat semula
Published on: Friday, July 28, 2023
Published on: Fri, Jul 28, 2023
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Tanda jalan pudar di Sembulan dicat semula
SEORANG kakitangan DBKK dan kontraktor membuat pemeriksaan awal di Jalan Mentari.
SELEPAS lebih setahun, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akhirnya bersedia untuk mengecat semula tanda jalan di Jalan Mentari, manakala Majlis Daerah Beaufort telah membaiki bahagian jalan rosak dekat masjid Weston.

Tindakan ini dilakukan susulan maklum balas mengenai bahaya lalu lintas selepas tanda sempadan jalan pudar daripada tiga pemandu yang bekerja di sebuah hartanah komersial di Sembulan.

Advertisement
Seorang pengunjung masjid di Weston, sebaliknya, menyuarakan tentang kesulitan yang dialami oleh pemandu untuk mengakses kawasan parkir berhampiran bangunan itu.

PEGAWAI agensi memberi taklimat kepada kontraktor mengenai skop kerja-kerja jalan yang akan dijalankan.

Hotline mengemukakan setiap aduan mereka kepada agensi masing-masing.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jurucakap DBKK berkata tender telah dipanggil awal tahun ini untuk kerja-kerja menambah baik keadaan Jalan Mentari, termasuk memulihkan tanda dan anak panah arah di jalan raya itu.

“Seorang kontraktor baru-baru ini dilantik untuk tugasan ini,” katanya. “Surat penerimaan dikeluarkan kepadanya pada 11 Julai.

Advertisement
“Seorang pegawai di Jabatan Trafik dan Pengangkutan kami secara peribadi memberi taklimat kepada individu itu mengenai skop tugas pada 20 Julai.”

Katanya, kontraktor diminta untuk “mengecat semula tanda jalan ini menjelang bulan depan”, kerana agensi itu mendapati beratus-ratus kenderaan, termasuk ambulans, menggunakan jalan ini setiap hari.

Advertisement
Laluan itu merangkumi kira-kira 846 meter dari simpang Jalan Coastal ke bulatan trafik dekat Jalan Kemajuan.

Tiga pusat komersial utama dan sebuah institusi perubatan swasta terletak di luar Jalan Mentari, iaitu Riverson: The Walk, Time Square, Pusat Beli-belah Imago dan Hospital Gleneagles.

Jurucakap itu mengakui, walaupun DBKK fokus bagi menjaga keselamatan pemandu yang menggunakan jalan raya itu, ia juga berharap dapat meningkatkan pengalaman pemanduan mereka.

Untuk tujuan ini, “kerja-kerja kecemasan” telah dijalankan untuk membaik pulih jalan berlubang pada Januari dan Mac terutamanya yang terbentuk dekat pusingan U menuju ke Gleneagles.

SYARIKAT konsesi kerajaan menampal bahagian jalan yang rosak

“Ekoran kerosakan berulang pada permukaan jalan, kami menimbangkan kemungkinan menaik taraf dasar jalan raya ini.”

Sementara itu, jurucakap Majlis Daerah berkata pemeriksaan dibuat ke atas jalan berhampiran sebuah masjid di Weston, tidak lama selepas agensi itu dihubungi media.

“Petugas kami mengesahkan terdapat jalan berlubang di beberapa bahagian laluan itu,” katanya.

Dia berkata, syarikat konsesi kerajaan dimaklumkan mengenai kerosakan itu.

“Juruteknik syarikat itu menampal bahagian yang terjejas beberapa jam kemudian atas dasar belas kasihan kerana bahagian itu tidak disenaraikan dalam daftar jalan Majlis Daerah.

“Sempadan kawasan penarafan kami di bahagian pekan ini mengelirukan. Oleh sebab itu, kami tidak pasti agensi mana yang mempunyai bidang kuasa ke atas kawasan itu.

LUBANG jalan ini menjadi punca kekecewaan pemandu yang pergi dan balik dari masjid di Weston.

“Kami perlu berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan Jabatan Kerja Raya.”

JUDE, yang bekerja di Imago, keliru dengan sikap sambil lewa DBKK terhadap persempadanan lalu lintas yang semakin pudar di Jalan Mentari.

“Saya kali pertama perasan bahawa garisan putih di jalan raya ini semakin pudar pada April tahun lalu dan membawa perkara ini ke perhatian pihak berkuasa,” katanya.

“Apabila saya menghubungi DBKK dua minggu kemudian, saya dimaklumkan jabatan berkaitan berhasrat untuk memulihkan tanda jalan ini dalam masa beberapa bulan lagi.”

Katanya, banyak garisan menghilang dari permukaan jalan dalam tempoh ini.

“Hanya kesan cat yang tinggal untuk menunjukkan di mana tanda ini pada asalnya dicat.

“Saya tidak faham kenapa DBKK gagal melaksanakan rancangannya.”

Ketiadaan tindakan agensi itu menyebabkan ALINNA - yang berpangkalan di Riverson: The Walk – juga kecewa.

Dia melaporkan mengenai tanda jalan pudar kepada agensi itu pada hujung Mei 2023.

Seorang pekerja di sebuah firma di KK Times Square, CRAEG, berkata pemandu berisiko menceroboh lorong di sebelah mereka kerana ketiadaan “garisan putih” di jalan raya.

“Keadaan ini amat berbahaya pada waktu malam atau ketika hujan lebat,” katanya.

“Saya menyaksikan pemandu kenderaan hampir berlanggar antara satu sama lain semasa keluar dari tempat kerja beberapa kali.”

Craeg berkata sepatutnya hanya ada dua lorong kereta di sini pada bila-bila masa, sekurang-kurangnya mengikut tanda di permukaan jalan raya.

“Bagaimanapun, kerana persempadanan ini telah pudar atau tidak jelas lagi, sebanyak tiga lorong lalu lintas terbentuk di laluan itu.”

JOHARI dari Weston berkata pemandu terpaksa merisikokan bahagian bawah kenderaan mereka semasa memasuki atau meninggalkan kawasan parkir dekat masjid itu.

“Semakin banyak jalan berlubang terbentuk sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

“Saya terpaksa membayar caj mahal untuk membaiki kereta di bengkel tahun ini.”

Dia berharap pihak berkuasa tempatan meningkatkan dan menambah baik keadaan jalan raya untuk manfaat ramai pemandu yang sering ke masjid itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here