Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
JSPT laksana tindakan penguatkuasaan ke atas pengguna kenderaan di seluruh negara
Published on: Friday, July 28, 2023
Published on: Fri, Jul 28, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
JSPT laksana tindakan penguatkuasaan ke atas pengguna kenderaan di seluruh negara
Gambar sekadar ilustrasi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas semua pengguna kenderaan di seluruh negara bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Nasri Omar berkata penguatkuasaan itu memfokus kepada pematuhan peraturan lalu lintas meliputi Op Lampu Isyarat Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Halangan Lalu Lintas, Op Garisan Putih, Op Parkir Haram dan Kempen Op Didik.

Advertisement
Beliau berkata operasi penguatkuasaan akan dilaksana secara berterusan di semua kontinjen dan daerah dengan tumpuan di kawasan kerap berlaku kemalangan serta ketidakpatuhan peraturan lalu lintas.

“JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati ramai penunggang motosikal dan pemandu kenderaan mematuhi garisan putih iaitu kawasan yang dibenarkan berhenti ketika lampu isyarat merah dan tidak meletakkan kenderaan di kawasan petak kuning atau parkir berlapis yang boleh menghalang pergerakan lalu lintas. 

Advertisement
Inspektor Penguatkuasa Trafik Kuala Lumpur Ahmad Mahfuz Mhd Zakaria berkata kesalahan masih berlaku tetapi sejak pelaksanaan Op Hormat pada 1 Julai lepas, jumlah saman yang dikeluarkan berkurangan berbanding awal bulan ini.

“Ini bermakna pengguna jalan raya semakin peka dan mematuhi undang-undang jalan raya, mungkin sebelum ini mereka sering tidak mengendahkan peraturan namun pelaksanaan Op Hormat mendidik orang awam dalam mengikut undang-undang lalu lintas,” katanya.

Advertisement
Bagi Azreen Ariffin, 28, yang juga seorang guru, Op Hormat amat baik dalam memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya di ibu negara manakala kehadiran anggota polis yang bertugas di kawasan lalu lintas pada waktu puncak menjadikan mereka mematuhi peraturan.

“Keadaan lalu lintas menjadi lebih selamat. Semua mematuhi undang-undang jalan raya, semua nak mengelak daripada disaman,” katanya kepada Bernama.

Polis Kuala Lumpur melaksanakan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya di sekitar ibu negara dari 1 hingga 31 Julai ini untuk memberikan pendedahan, kesedaran dan pendidikan kepada pengguna jalan raya dalam mematuhi undang-undang.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here