KUNAK: Pasukan remaja perempuan Keningau merangkul kejuaraan bawah 12 tahun buat pertama kali pada kejohanan Hoki Negeri Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah yang berlangsung di Kunak baru-baru ini.
Pasukan itu yang telah dua kali menduduki tempat kedua pada 2019 dan 2020, dan menamatkan saingan di tempat ketiga tahun lalu selepas menewaskan Kota Belud 2-0 pada perlawanan akhir.
Mereka tidak tewas sepanjang pertandingan. Pada peringkat kumpulan mereka mengungguli kumpulan dengan kemenangan ke atas Papar 2-0 dan Sipitang 2-0 diikuti kemenangan 2-1 ke atas Kota Kinabalu pada pusingan 16 sebelum menewaskan Tawau 2-1 pada suku akhir dan juara bertahan Tenom di peringkat empat terbaik.
Jurulatih Stanley Ian Junaidi mengucapkan tahniah kepada pemain dan berkata kejayaan itu adalah hasil komitmen semua guru yang terlibat.
“Pasukan akhirnya merangkul kejuaraan buat kali pertama selepas hanya bergelar naib juara dua kali sebelum ini dan pasukan lelaki juga berjaya menamatkan saingan dalam kelompok lapan terbaik pada pertandingan itu.
“Kekuatan kami terletak pada komitmen semua guru yang telah bertungkus lumus melepasi halangan demi membawa pasukan bertanding,” katanya.
Sementara itu, tiga ahli pasukan itu turut dinamakan sebagai spiker terbaik, setter terbaik dan server terbaik dalam kejohanan itu.