Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PRN: Hajiji nasihat warga Sabah buat pilihan terbaik
Published on: Sunday, July 30, 2023
Published on: Sun, Jul 30, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
PRN: Hajiji nasihat warga Sabah buat pilihan terbaik
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kanan) diapit Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor (kiri) dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Abang Haji Openg (dua kanan) di Pusat Pencalonan di Selayang, pada Sabtu.
Kota Kinabalu: Warga Sabah yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini dinasihati supaya membuat pilihan terbaik bagi mengekalkan dinamik politik negara untuk masa depan yang baik.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan yang menyokong penuh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan pimpinan semasa merupakan platform terbaik bagi sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia untuk bergerak maju ke hadapan.

Advertisement
Beliau turut menggesa setiap pengundi untuk menolak parti-parti politik yang menggunakan fitnah perkauman dan ketaksuban agama sebagai bahan kempen mereka yang akan memudaratkan negara majmuk seperti Malaysia dan tidak akan menjamin masa depannya.

“Kestabilan, yang merupakan salah satu faktor penting untuk sebuah negara maju, hanya boleh dicapai apabila seluruh rakyat bersatu dan tidak dipengaruhi dengan sikap perkauman dan ketaksuban,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata Sabah dan rakyatnya menjadi contoh perpaduan yang baik dalam kepelbagaian dan perpaduan, kerana walaupun terdapat perbezaan bangsa dan agama, mereka telah wujud bersama dalam harmoni sejak sekian lama tanpa mengira ideologi politik, dan ia juga merupakan sesuatu yang dipupuk oleh Kerajaan Perpaduan di peringkat kebangsaan.

Terdahulu pada Sabtu pagi, Hajiji bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengiringi Anwar di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu in Gombak, Selangor.

Advertisement
Kedua-dua pemimpin dari Sabah dan Sarawak itu membuat penampilan sulung bersama dengan pemimpin persekutuan dalam menunjukkan sokongan padu kepada calon daripada parti kerajaan yang akan bertanding dalam PRN ini.

PRN yang melibatkan 36 DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36) akan diadakan pada 12 Ogos bersekali dengan PRK Parlimen Kuala Terengganu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here