PENAMPANG: Seorang lelaki maut di rumahnya selepas terbabit dalam pergaduhan yang tercetus di kawasan perumahan di Putatan di sini kira-kira jam 7 pagi, Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang DSP Sammy Newton berkata, mangsa yang berusia 28 tahun dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat selepas disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Penampang menahan lima lelaki bagi membantu siasatan.
“Siasatan mendapati ketika kejadian, kesemua individu itu berada di bawah pengaruh alkohol dan berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan pergaduhan.
“Kertas siasatan telah dibuka di bawah laporan kematian mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.