Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
KPDN sita 5,300 liter minyak diesel di Tuaran
Published on: Sunday, July 30, 2023
Published on: Sun, Jul 30, 2023
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
KPDN sita 5,300 liter minyak diesel di Tuaran
ANGGOTA KPDN Tuaran ketika membuat operasi menerusi Ops Tiris di Rugading, Tuaran.
Tuaran: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tuaran menyita kira-kira 5,300 liter minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan minyak diesel, Jumaat.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Tuaran, Saripuddin Moleng berkata, operasi terbabit dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Tuaran pada jam 11 pagi di sebuah stor tapak pembinaan di Rugading, Tuaran.

Advertisement
“Serbuan mendapati terdapat minyak diesel yang dianggarkan sebanyak 5,300 liter dalam satu tangki besi berbentuk segi empat yang dilengkapi pam meter elektronik.

“Pihak KPDN menyita kesemua bahan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM25,700 dan menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai sebagai penyelia stor di lokasi serbuan tujuan membantu siasatan awal kes mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, risikan dijalankan selama tiga hari oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tuaran sebelum serbuan dijalankan.

“Berdasarkan keterangan awal yang diperolehi daripada pekerja stor, barang kawalan itu diperolehi daripada pembekal diesel industri yang sah namun pekerja berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan dan permit atau lesen kebenaran untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.

Advertisement
“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di tempat tanpa kebenaran pengawal,” jelasnya.

Saripuddin berkata, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement
Manakala bagi syarikat, jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

“Pihak kementerian akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan,” ujarnya.

Difahamkan, Ops Tiris dilancarkan sejak 1 Mac 2023 lalu bertujuan membanteras penyelewengan dan ketirisan minyak diesel bersubsidi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tuaran akan terus menjalankan risikan, pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan dan ketirisan barang kawalan bersubsidi terbabit.

Sehubungan itu, masyarakat disarankan untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi pihak kementerian melalui saluran aplikasi Whatsapp 019-279 4317 atau 019-848 8000, Portal Aduan e-aduan.kpdn.gov.my, pusat panggilan 1-800-886-800 atau emel e-aduan@kpdn.gov.my.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here