Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Loji Rawatan Air Bersepadu Fasa 1 di Pitas siap
Published on: Sunday, July 30, 2023
Published on: Sun, Jul 30, 2023
Text Size:
Text:
Loji Rawatan Air Bersepadu Fasa 1 di Pitas siap
Pembinaan Mikro Loji Rawatan Air Bersepadu (Solar-IoT) Kg Lok Dangkaan Fasa 1 sejak Mac lalu, siap pada Jumaat. - gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja oleh eSpares Blog
PITAS: Pembinaan Mikro Loji Rawatan Air Bersepadu (Solar-IoT) Kg Lok Dangkaan Fasa 1 sejak Mac lalu, siap pada Jumaat.

Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar berkata, fasa 1 melibatkan dua unit struktur mikro loji iaitu dua unit kolam dan pondok konkrit yang bakal menempatkan unit rawatan air serta komponen panel suria. 

Advertisement
“Mikro Loji Rawatan Air Kg Lok Dangkaan telah siap sepenuhnya bagi kerja-kerja fasa pertama yang melibatkan pembinaan kolam takungan air. 

“Sepanjang Fasa 1, penilaian teknikal bagi tujuan pembinaan sebuah loji mikro rawatan air secara bersepadu telah dijalankan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penilaian ini merangkumi penilaian geologi dan sekitaran, penilaian hidrologi dan sumber air, penilaian kualiti dan cara rawatan air, dan penilaian kejuruteraan dan cadangan struktur mikro loji. 

“Dua unit struktur bagi mikro loji juga telah berjaya disiapkan iaitu dua kolam sebagai sumber utama air dan sebuah pondok konkrit yang akan menempatkan unit rawatan air dan komponen bekalan tenaga elektrik menggunakan suria,” ujarnya.

Advertisement
Mengulas mengenai baki tiga fasa lagi, Omar Raisul memaklumkan projek tersebut dijadualkan siap dan mula beroperasi menjelang Oktober tahun depan.

“Projek ini bakal menghasilkan pengeluaran 30,000 liter air sehari dan akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar,” jelas beliau.

Advertisement
Menurutnya, projek bernilai RM289,714 itu merupakan kerjasama pihaknya dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui saluran dana Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasai Strategik Nasional (Laksana) dan Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Pembinaan Mikro Loji Rawatan Air Bersepadu (Solar-IoT) Kg Lok Dangkaan, Pitas di Kg. Lok Dangkaan Pitas.

Acara tersebut bersempena dengan Kembara Rahmah 2023 yang disertai rombongan Agensi Laksana, Fakulti Sains dan Sumber Alam, UMS dan Pejabat Daerah Pitas.

Pada majlis berkenan, Omar Raisul turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 54 Ketua Isi Keluarga (KIR) di kampung terbabit.

Antara yang hadir, Pegawai Kemajuan Masyarakat Pitas Ariffin Matasin mewakili Adun Pitas, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Johari Abdullah, Ketua Pegawai Strategi Agensi Laksana Sharifah Khairiyah Syed Abdul Hamid, Pensyarah Kanan UMS Dr Zul Hilmey Makmud dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Abdul Rahman Jayari. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here