SANDAKAN: Masyarakat disaran untuk terus menyalurkan maklumat mengenai sebarang jenayah tanpa rasa ragu kepada pasukan keselamatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata walaupun masyarakat memberi kerjasama erat dengan pasukan keselamatan namun masih terdapat segelintir masyarakat yang masih ragu dan tidak tahu untuk menyalurkan maklumat.
Jauteh berkata antara penyebab masyarakat tidak menyalurkan maklumat adalah kerana mereka risau identiti pemberi maklumat akan terdedah.
Advertisement





