Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
10,000 daripada hampir 30,000 calon tidak duduki SPM 2022 daftar ulangan
Published on: Sunday, July 30, 2023
Published on: Sun, Jul 30, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
10,000 daripada hampir 30,000 calon tidak duduki SPM 2022 daftar ulangan
Gambar sekadar ilustrasi. - Bernama
SUNGAI PETANI: Sebanyak 10,000 daripada hampir 30,000 calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah mendaftar untuk ulangan peperiksaan itu pada tahun ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ia merupakan komitmen kementeriannya yang melanjutkan tempoh pendaftaran SPM 2023 bagi calon persendirian sehingga berjaya merekodkan pendaftaran daripada 10,000 calon itu untuk mereka menduduki peperiksaan itu demi masa depan masing-masing.

Advertisement
"Semasa kita ambil keputusan untuk maklumkan keciciran atau ketidakhadiran pelajar SPM yang lepas, kita dapat mengumpulkan data seramai lebih kurang (hampir) 30,000 orang.

“Komitmen kita ialah melakukan intervensi terhadap 30,000 ini ke mana mereka, kenapa tak hadir, alasan dan sebagainya, alhamdulillah, kita dapat kenal pasti, apabila kita buat program dan membuka lanjutan tempoh untuk mendaftar ulangan SPM,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program YES! Rock The School Edisi Mega Kedah 2023 di Universiti Aimst dekat sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Pada 20 Jun lepas, media melaporkan 30,000 calon SPM 2022 yang tidak menghadiri peperiksaan itu menerima peluang kedua apabila Kementerian Pendidikan melanjutkan tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 bagi calon persendirian hingga 30 Jun.

Advertisement
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu dilaporkan memandang serius terhadap laporan hampir 30,000 pelajar tidak menduduki SPM dan mengarahkan Fadhlina meneliti terperinci isu itu supaya ia tidak berulang pada tahun-tahun akan datang.

Fadhlina berkata pihaknya kini memberikan perhatian terhadap kira-kira 20,000 orang lagi yang tidak mendaftar untuk mengulang peperiksaan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here