Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Perjuangan Rahmah’ diperluas, peruntukan tambahan RM50 juta di seluruh Dun: PM
Published on: Sunday, July 30, 2023
Published on: Sun, Jul 30, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Perjuangan Rahmah’ diperluas, peruntukan tambahan RM50 juta di seluruh Dun: PM
Gambar sekadar ilustrasi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi memperluas konsep Rahmah yang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tambahan itu membolehkan kementerian memastikan rakyat di setiap Dewan Udangan Negeri (Dun) seluruh negara mendapat manfaat daripada konsep berkenaan.

Advertisement
“Saya mahu perjuangan Rahmah ini diperluaskan...kementerian ada mengusulkan kalau boleh kita perluas di kawasan Dun, saya akan pastikan untuk menyegerakan pelaksanaan ini berperingkat dan kita luluskan tambah RM50 juta. 

Kita lakukan ini kerana ia menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah kerana tidak ada makna bicara soal rahmah, tiada makna bicara soal perjuangan, tiada erti bicara soal ihsan, belas kasihan dan prihatin kalau soal makanan mereka (rakyat) pun tidak terjamin,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penutupan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Pavilion Bukit Jalil, di sini hari ini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here