Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rampasan syabu terbesar bernilai RM3.36 juta: Kastam
Published on: Monday, July 31, 2023
Published on: Mon, Jul 31, 2023
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Rampasan syabu terbesar bernilai RM3.36 juta: Kastam
ZAZULI (dua kanan) bersama Nasir (dua kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas dalam operasi itu.
Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah sekali lagi menggagalkan aktiviti penyeludupan dadah, apabila merampas syabu bernilai RM3.36 juta – rampasan terbesar tahun ini – dalam satu operasi di Pelabuhan Sepanggar, Rabu.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 5 petang oleh Unit Operasi Penguatkuasaan Cawangan Narkotik, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra) susulan maklumat.

Advertisement
Dalam operasi itu, beliau berkata pasukan itu menjalankan pemeriksaan ke atas kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor, dan menemui dadah yang disimpan dalam sembilan kotak.

“Pemeriksaan lanjut dijalankan ke atas sembilan kotak itu membawa kepada penemuan dadah jenis methamphetamine seberat 101.951kg bernilai RM3,364,383. Dadah itu dibungkus di dalam bungkusan lutsinar yang disimpan di dalam pembungkusan detergen berjenama Anchor.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain dadah, kotak itu juga mengandungi bahan pencuci sebenar jenama sama. Dipercayai ini adalah taktik untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasa Kastam, di sini, Ahad.

Turut hadir Penolong Ketua Pengarah (Zon Sabah) Mohd Nasir Deraman, antara lain.

Advertisement
Di sebalik rampasan terbesar itu, Zazuli berkata tiada tangkapan dibuat, namun, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pengirim serta penerima yang dialamatkan di sebuah kondominium di Likas.

Beliau berkongsi, modus operandi kes ini adalah dengan mengedar dadah menggunakan kontena dan meletakkannya dalam bungkusan detergen dan mengisytiharkannya sebagai produk itu.

Advertisement
“Barang itu akan dicampur dengan barangan lain dalam bekas ‘Less than Container-Load’ (LCL).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga berkata JKDM Sabah merampas dadah dengan jumlah keseluruhan 122.9kg bernilai RM7.66 susulan operasi yang dijalankan sejak Jan hingga 25 Julai tahun ini – tidak termasuk kes dadah terbaharu.

“Ini membabitkan 103.17 kilogram dadah berbahaya jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM3,857,920.84, 10.09 kilogram ganja dianggarkan bernilai RM54,226.90, 9.65 kilogram Ketamin dan Ecstasy dianggarkan bernilai RM382,443.

“Selain itu, JKDM Sabah turut merekodkan rampasan 631.77 kilogram ketum dianggarkan bernilai RM6,289.31. Rampasan ketum itu melibatkan 581.48 kilogram serbuk ketum dianggarkan bernilai RM5,786.46 dan 50.29 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM502.85,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here