Kota Kinabalu: Keningau dan Kota Marudu muncul juara dalam Kejohanan Hoki Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Sabah yang berakhir di Stadium Hoki Likas pada Jumaat lalu.
Keningau merangkul kejuaraan lelaki dengan kemenangan 3-0 ke atas Kota Belud pada perlawanan akhir, dengan Kota Marudu dan Tenom berkongsi kedudukan tempat ketiga.
Manakala Kota Marudu merangkul kejuaraan perempuan dengan kemenangan 4-2 menerusi penentuan penalti ke atas Keningau selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa penuh.
Kejohanan itu menyaksikan penyertaan 30 pasukan dengan 15 pasukan dalam setiap kategori dan mereka dibahagikan kepada lima kumpulan.