Kota Kinabalu: Seramai 1,500 wanita di Malaysia setiap tahun disahkan menjadi mangsa penyakit kanser pangkal rahim.
Kanser pangkal rahim juga dinyatakan sebagai kanser kedua yang paling kerap menyerang kaum wanita, khasnya selepas kanser payudara.
“Ini adalah satu kebimbangan dan ketakutan yang mana daripada jumlah ini, sebanyak enam peratus daripadanya tidak dapat diselamatkan, meninggal dunia kerana kanser pangkal rahim,” kata Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan oleh wakil, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah DUN Likas, Halijah Din semasa Majlis Perasmian Projek Pendidikan Kesihatan Pap Smear Selamatkan Wanita di sini, Sabtu.
Advertisement





