Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yakin penglibatan pelajar dalam STEM capai 40 peratus
Published on: Monday, July 31, 2023
Published on: Mon, Jul 31, 2023
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yakin penglibatan pelajar dalam STEM capai 40 peratus
ZAINUDIN (tiga dari kanan) bersama Dr. Mohd. Asran (dua dari kanan) dan Zainal (empat dari kanan) menyaksikan pameran hasil kerja pelajar yang mengikuti program STEM.
Tenom: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah yakin penglibatan pelajar dalam program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan meningkat kepada 40 peratus pada penghujung 2025.

Setiausaha Tetap KSTI Datuk Zainudin Aman berkata, tahun ini penglibatan pelajar yang membabitkan sekolah menengah dan rendah di seluruh Sabah dalam program STEM telah mencapai 27 peratus.

Advertisement
“Insyallah pada penghujung tahun ini kita akan mencapai melebihi 30 peratus meskipun sebelum ini penglibatan pelajar agak rendah kerana mungkin disebabkan PKP Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program STEM Fiesta dan Karnival Inovasi Pendidikan PPD Tenom Peringkat Negeri 2023 di Dewan SJKC Chung Hwa di sini, Sabtu.

Zainudin berkata, program STEM yang dilaksanakan di PPD Tenom ini merupakan yang ke-11 dalam keseluruhan STEM Fiesta yang diadakan tahun ini daripada 24 PPD yang diberikan peruntukan oleh KSTI.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here