Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Suspek kes penemuan bom pada kereta Siti Kasim ada kepakaran buat bom’
Published on: Monday, July 31, 2023
Published on: Mon, Jul 31, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
 ‘Suspek kes penemuan bom pada kereta Siti Kasim ada kepakaran buat bom’
KUALA LUMPUR:  Bahan letupan termampat (IED) yang ditemui di bawah kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim adalah bom yang suisnya ditutup, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

"Polis mengesahkan bahan letupan itu sempurna sifatnya sebagai bom. Ada suis, suisnya itu 'off' ketika kejadian itu dan sekiranya mahu aktifkan perlu dilakukan secara manual,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement
Beliau berkata siasatan polis juga mendapati bom itu dihasilkan oleh orang yang mempunyai kepakaran membuat bom buatan sendiri dan dipercayai mempunyai asas pengetahuan dalam bidang elektronik bagi membuat penyambungan litar pada IED berkenaan.

“Orang bertanggungjawab memasang bom ini, dia mempunyai ilmu dalam pembuatan circuit (litar) dan bahan letupan. Mengenai siasatan, kita masih cari petunjuk,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya berdasarkan laporan pakar, antara komponen yang terdapat dalam bahan letupan itu adalah diesel, mercun, bateri, litar, wayar dan suis.

“Laporan Unit Pemusnah Bom Makmal Forensik, Cheras juga mendapati semua komponen yang ditemui adalah IED dan ia dikategorikan low explosive,” katanya.

Advertisement
Mohd Shuhaily berkata polis merakam 13 keterangan saksi bagi membantu siasatan kes itu, yang terdiri daripada anggota polis, mangsa serta rakannya, mekanik, penasihat bengkel, pemilik bengkel, pengawal keselamatan mahkamah, Orang Asli dan anggota Jabatan Sukarelawan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here