Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Inisiatif kesihatan kerajaan beri harapan kepada B40
Published on: Tuesday, August 01, 2023
Published on: Tue, Aug 01, 2023
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Inisiatif kesihatan kerajaan beri harapan kepada B40
Skim Perubatan Madani dijangka membantu mengurangkan kesesakan di kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Bagi kebanyakan rakyat kumpulan B40, bukan mudah untuk membuat rancangan jangka masa panjang, kerana setiap hari mereka bergelut untuk mencukupkan keperluan asas, yang tentunya tergendala sekiranya diancam penyakit.

Masalah berkaitan kesihatan paling memberi kesan kepada kumpulan B40. Biarkan kerajaan Malaysia sememangnya mengutamakan sistem penjagaan kesihatan awam yang berpatutan, pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih melakukan penambahbaikan demi kumpulan B40.

Advertisement
Inisiatif untuk B40

Anwar pada Februari mengumumkan peruntukan RM36.3 bilion untuk Kementerian Kesihatan, sebahagiannya untuk perbelanjaan operasi. Beberapa langkah untuk memenuhi keperluan B40 turut diumumkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antaranya klinik bergerak, Skim Perubatan Madani, dan Skim Peduli Kesihatan bagi kumpulan B40 (PeKa B40) untuk saringan kesihatan, yang kini diperluaskan, termasuk saringan diabetes.

Skim Perubatan Madani – dengan peruntukan RM100 juta – secara asasnya kemudahan kredit untuk kumpulan B40 bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan di klinik swasta. Kira-kira 700,000 isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada skim itu.

Advertisement
Pengubah keadaan

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata langkah-langkah dalam belanjawan itu, khususnya Skim Perubatan Madani, boleh menjadi pengubah keadaan.

Advertisement
“kita telah melihat model perkongsian awam-swasta yang terbukti, daripada Selangor dan ProtectHealth,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Galen Azrul Khalib kepada FMT.

“Skim ini boleh mengurangkan tekanan dan bebanan jabatan kecemasan yang sesak, di hospital-hospital awam di seluruh negara.”

Bagaimanapun, Azrul berkata kejayaan inisiatif kerajaan bergantung kepada penerimaan kumpulan B40, justeru pentingnya skim itu terus dipromosikan.

Azrul berkata terdapat ruang untuk menambahbaik penerangan mengenai inisiatif itu.

“Orang ramai perlu tahu apakah skim ini, bagaimana ia berguna, mengapa mereka harus menggunakannya, klinik mana yang mengambil bahagian, dan paling penting bagaimana ia relevan kepada mereka berhubung dengan kesihatan.”

Belanjawan turut menyediakan subsidi untuk mamogram, manakala program saringan kanser serviks menggunakan kaedah PCR baharu diperkenalkan.

Projek penyelidikan seperti pelaksanaan kajian diagnostik dan ujian klinikal kanser serviks dan kolon juga disokong untuk menyediakan ubat dan rawatan yang berpatutan untuk semua.

Beberapa projek pembangunan juga sedang dijalankan, termasuk pembinaan blok wanita dan kanak-kanak dengan kapasiti 476 katil bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka.

Terdapat juga rancangan untuk menaik taraf 26 hospital, termasuk pembesaran lanjut Hospital Kuala Kangsar di Perak, Hospital Jelebu di Negeri Sembilan, dan Hospital Pontian di Johor.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here