Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dalam 3-5 tahun: Terpulang kepada kelulusan Kabinet Negeri
Published on: Tuesday, August 01, 2023
Published on: Tue, Aug 01, 2023
Text Size:
Text:
Pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dalam 3-5 tahun: Terpulang kepada kelulusan Kabinet Negeri
Pemindahan LTAKK ke Kimanis akan mewujudkan pembinaan beberapa perkhidmatan sokongan seperti pembinaan pusat latihan aeroangkasa, pusat pembaikan kapal terbang selain membangunkan bandar raya baharu iaitu bandar raya lapangan terbang di kawasan seluas 15,000 hektar. - Gambar untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) ke Kimanis dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima tahun, kata Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Dr Yusof Yacob.

Beliau berkata langkah itu memerlukan perancangan teliti, justeru QSB telah membuat kajian serta laporan lengkap mengenainya yang dibentangkan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah (Upen) sebelum dibawa ke peringkat kabinet negeri.

Advertisement
“Pandangan Upen positif, cuma (tinggal) keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan.

Tetapi pada masa yang sama akan banyak lagi koordinasikan yang perlu dilaksanakan, antaranya dengan Syarikat Berjaya Land Berhad, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airport Berhad,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Sabah di Padang Merdeka di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri Julai tahun lepas, Hajiji dilaporkan berkata kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kos kewangan kepada syarikat Berjaya Land Berhad (BLB) untuk menjalankan kajian terperinci mengenai cadangan pembangunan LTAKK baharu di Kimanis.

Advertisement
Hajiji turut dilaporkan berkata anak syarikat kerajaan negeri iaitu QSB juga tidak membayar sebarang kos untuk terlibat dalam menjalankan kajian berkenaan.

Yusof, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, berkata beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke baru-baru ini serta beberapa pihak yang berkaitan bagi membincangkan perkara tersebut.

Advertisement
Beliau berkata mereka menghargai rancangan itu sebagai visi jangka masa panjang Sabah, dan ia bukan hanya untuk membina lapangan terbang semata-mata tetapi juga untuk meluaskan lagi pembangunan Kota Kinabalu.

Katanya, pemindahan LTAKK ke Kimanis akan mewujudkan pembinaan beberapa perkhidmatan sokongan seperti pembinaan pusat latihan aeroangkasa, pusat pembaikan kapal terbang selain membangunkan bandar raya baharu iaitu bandar raya lapangan terbang di kawasan seluas 15,000 hektar.

“Pembinaan LTAKK itu juga tidak akan mengganggu kawasan yang juga menempatkan Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis,” katanya kepada Bernama. 

Berhubung kebimbangan mengenai pengangkutan ke lapangan terbang itu, beliau memberi jaminan bahawa Lebuhraya Pan Borneo dan kereta api berkelajuan tinggi akan membantu mengangkut penumpang pergi dan balik dari lapangan terbang baharu itu.

Daripada bergantung kepada pembiayaan kerajaan, beliau berkata Qhazanah akan melihat kepada pelaburan swasta.

“Apabila (mesyuarat Kabinet Negeri mengenai pemindahan lapangan terbang) selesai, projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat kerana banyak perkara yang perlu diselaraskan dengan rakan kongsi kami Berjaya Land Bhd, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Bhd.

“Pembinaan lapangan terbang itu tidak akan berlaku serta-merta, saya anggarkan ia akan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun, sebelum perpindahan pada 2030.

“Tetapi kita tidak boleh menunggu lagi, kerana kos akan meningkat disebabkan oleh inflasi.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here