Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Walaupun lebih 100,000 rakyat menganggur: Separuh tenaga kerja Sabah warga asing
Published on: Tuesday, August 01, 2023
Published on: Tue, Aug 01, 2023
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Walaupun lebih 100,000 rakyat menganggur: Separuh tenaga kerja Sabah warga asing
Makhzan turut mengingatkan majikan di Sabah supaya mendaftarkan pekerja mereka dengan Jabatan Tenaga Kerja Sabah atau berdepan risiko tindakan undang-undang. - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Penyelarasan dan kerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan adalah penting dalam menangani isu-isu membabitkan pergantungan buruh asing serta kadar pengangguran di Sabah.

Setiausaha Persekutuan Negeri Datuk Makhzan Mahyuddin berkata separuh daripada kira-kira 800,000 pekerja yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terdiri daripada warga asing. Pada masa yang sama terdapat lebih 100,000 rakyat Sabah yang menganggur.

Advertisement
Analisis lanjut terhadap angka tersebut menunjukkan pergantungan kepada tenaga kerja asing disumbangkan oleh beberapa sektor seperti pertanian, perhutanan dan pembinaan di mana lebih 80 peratus pekerjanya adalah warga asing.

“Kira-kira 819,111 berdaftar di bawah Jabatan Tenaga Kerja di mana 55.2 peratus daripadanya adalah warga tempatan dan 44.8 peratus warga asing.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Daripada bilangan warga asing ini, 80.4 peratus mempunyai dokumen sah atau dilindungi di bawah Ordinan Buruh Sabah.

“Kita boleh rumuskan bahawa hampir 50 peratus industri di Sabah bergantung kepada buruh asing walaupun 169,800 rakyat Sabah menganggur,” katanya pada Konvensyen Perburuhan Peringkat Negeri Sabah, baru-baru ini.

Advertisement
Turut hadir Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Wan Zulkifli Wan Setapa dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sabah, Dr Mohd Ali Hindia.

Disebabkan sebilangan besar penduduk tempatan menganggur, beliau berkata penyelesaian holistik diperlukan untuk menangani isu itu.

Advertisement
Ini harus merangkumi penyelarasan sewajarnya serta pandangan daripada pihak swasta, badan bukan kerajaan dan ahli akademik bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri merangka serta merancang dasar dan undang-undang untuk kepentingan Sabah dan rakyat,” katanya.

Makhzan turut mengingatkan majikan di Sabah supaya mendaftarkan pekerja mereka dengan Jabatan Tenaga Kerja Sabah atau berdepan risiko tindakan undang-undang.

Di bawah Seksyen 59A Ordinan Buruh Sabah, premis perniagaan dikehendaki mendaftar dengan jabatan itu dalam tempoh 90 hari dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Di bawah seksyen ordinan ini, mana-mana individu atau majikan dikehendaki memberi makluman bertulis kepada mana-mana pejabat JTK berhampiran mengenai maklumat berkaitan pekerjaan, dan kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 130E(f) Ordinan Buruh (Bab 67 Sabah). 

Majikan, sama ada baru atau berpengalaman, dikehendaki mendaftar supaya Jabatan Tenaga Kerja Sabah mempunyai rekod perniagaan mereka.

“Dalam masa terhad yang ditawarkan, Jabatan Tenaga Kerja mengecualikan kompaun bagi majikan di Sabah yang ingin mendaftar dengan jabatan sebelum 31 Okt. Mereka boleh berbuat demikian melalui pengimbasan kod QR di jtksbh.mohr.gov.my/qrdaftar/.

“Jabatan tidak akan mengambil tindakan undang-undang atau mengeluarkan kompaun kepada majikan yang mendaftar sebelum tarikh akhir itu, termasuk mereka yang melepasi tempoh had pendaftaran operasi premis selama 90 hari,” katanya.

Mengenai konvensyen itu, Makhzan berkata ia merupakan inisiatif Jabatan Tenaga Kerja untuk berfungsi sebagai platform bagi Kerajaan menyampaikan dasar dan undang-undang terkini negara yang relevan kepada semua pihak, bagi memastikan setiap dasar atau undang-undang yang dilaksanakan dapat mencapai harapan dan aspirasi pemain industri di Negeri ini.

Ini melibatkan kira-kira 40 peserta konvensyen itu, termasuk majikan dan pegawai modal insan daripada pelbagai sektor, serta wakil daripada persatuan majikan, kesatuan sekerja, NGO dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPTA).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here