Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bot karam di Sandakan, budak lelaki dikhuatiri lemas, lima selamat
Published on: Tuesday, August 01, 2023
Published on: Tue, Aug 01, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Bot karam di Sandakan, budak lelaki dikhuatiri lemas, lima selamat
Anggota maritim dalam operasi carilamat kanak-kanak hilang dalam tragedi bot karam di Sandakan pada 1 Ogos 2023. (Gambar APMM)
SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama lima lagi penumpang karam di 0.2 batu nautika Tanjung Batu, disini, petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki, berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada pukul 4.00 petang bagi mengesan kanak-kanak berkenaan disamping Pangkalan Hadapan CARILAMAT juga diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut.

Advertisement
Kanak-kanak warga tempatan yang dikenali Romy Azlan, 7, dimaklumkan bersama keluarga menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang dengan membawa enam orang penumpang termasuk dua orang kanak-kanak. 

Bot tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia telah hilang kawalan lalu terbalik.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here