Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pertimbang Sabah untuk projek perintis kedua NETR: Menteri
Published on: Wednesday, August 02, 2023
Published on: Wed, Aug 02, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Pertimbang Sabah untuk projek perintis kedua NETR: Menteri
“Namun ia perlu disesuaikan dengan situasi serta keperluan kawasan di negeri ini supaya selari dengan matlamat pelaksanaannya, sekaligus dapat membangunkan sosio ekonomi penduduk,” kata Ruslan..
BEAUFORT: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi diharap dapat mempertimbangkan Sabah untuk pelaksanaan projek perintis kedua bagi Pelan Hala Tuju Tenaga Negara (NETR).

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, projek itu dapat membantu mengatasi sebarang masalah bekalan elektrik, khususnya di kawasan luar bandar.

Advertisement
“Kita harap projek perintis kedua NETR melibatkan sistem tenaga solar ini dilaksanakan di Sabah kerana selain menepati keperluan rakyat ia juga membantu selesaikan masalah elektrik, khususnya di luar bandar.

“Namun ia perlu disesuaikan dengan situasi serta keperluan kawasan di negeri ini supaya selari dengan matlamat pelaksanaannya, sekaligus dapat membangunkan sosio ekonomi penduduk,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sawit Kinabalu Sdn Bhd kepada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, di sini, Selasa.

Projek perintis NETR pertama menerusi kerjasama kerajaan dan Syarikat Sime Darby Property telah dilaksanakan di Selangor, melibatkan kawasan Perumahan Elmina dan Bandar Bukit Raja.

Advertisement
Inisiatif melibatkan pemasangan solar bumbung itu merangkumi kapasiti solar sehingga 10 kilowatt bagi setiap rumah dan berjumlah 4.5 megawatt bagi 450 buah rumah.

Mengulas lanjut, Ruslan yang juga Adun Lumadan turut mencadangkan Bandar Mingo berdekatan Pekan Beaufort untuk pelaksanaan projek perintis kedua NETR di Sabah.

Advertisement
Katanya, selain sebagai bandar baru, Bandar Mingo juga dikelilingi banyak kawasan perumahan yang menepati keperluan di dalam projek tenaga hijau solar tersebut.

“Cadangan ini selari dengan hasrat dan perancangan saya untuk menjadikan Beaufort sebagai daerah solar di negeri ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here