Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM10 juta untuk bantu perniagaan mikro
Published on: Thursday, August 03, 2023
Published on: Thu, Aug 03, 2023
Text Size:
Text:
RM10 juta untuk bantu perniagaan mikro
Ucapan Hajiji dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Joniston Bangkuai.
KERAJAAN Negeri telah menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) tahun ini untuk kemudahan pinjaman mikro bagi wanita, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, Kerajaan amat prihatin dan akan memastikan usahawan, khususnya wanita, mendapat peluang dan kemudahan pinjaman sama rata.

Advertisement
Katanya, agensi Kerajaan Negeri lain yang menawarkan bantuan kewangan turut menyediakan kursus dan latihan perniagaan, selain membantu promosi dan pemasaran produk ke pasaran dalam dan luar negara.

“Kerajaan Negeri turut memberi perhatian dan fokus kepada pembangunan peniaga kecil dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (PKS), sebagai industri sokongan dan pemangkin kepada sektor pembuatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM6.17 juta kepada Jabatan Kemajuan Perindustrian dan Penyelidikan tahun ini, untuk memperhebatkan promosi produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa,” katanya ketika menyempurnakan penutupan Hari Keluarga Terbuka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Tuaran 2023 di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada 22 Julai. Ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Joniston Bangkuai.

“Bagi memantapkan dan memperkasakan lagi Program Bantuan PKS, Program Pensijilan Mesti dan Halal telah dimulakan tahun ini bagi melayakkan produk PKS Sabah bersaing di peringkat antarabangsa.

Advertisement
“Untuk itu, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk menyokong program ini,” katanya.

Hajiji berkata AIM, sebagai penyedia pembiayaan mikro di negara ini, membantu usahawan kecil dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara ini, termasuk wanita dan B40, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here