SANDAKAN: Seorang remaja perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki mati lemas di Kampung Batu Putih, Jalan Sungai Kayu, di sini, pada pagi Rabu.
Polis berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian tersebut berlaku pada jam lebih kurang 10 pagi.
Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa bersama empat lagi ahli keluarga mereka mandi di sebuah kolam ikan terbiar di Kampung Batu Putih.
Mayat mereka dibawa keluar dari kolam oleh orang kampung yang datang memberi bantuan.