Kota Kinabalu: Selepas enam bulan berbincang, Sekolah Adat Anak Negeri (SA) dan Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) akhirnya akan menandatangani Perjanjian Penyelidikan yang akan memperkasakan adat serta identiti masyarakat orang asal Sabah, minggu depan.
Ini adalah satu perkembangan yang amat membanggakan bagi kedua-dua pihak kerana kini mereka boleh saling membantu antara satu dengan lain dan berjalan bergandingan tangan untuk mengangkat martabat adat orang asal.
Pengasas Sekolah Adat Shalmon Sanangan berkata, kajian bersama SA dan kumpulan penyelidik BorIIS sudah dimuktamadkan kelmarin selepas mesyuarat diadakan bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Advertisement





