Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pencuri alat perakam dijel setahun
Published on: Saturday, August 05, 2023
Published on: Sat, Aug 05, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pencuri alat perakam dijel setahun
Jufaiz didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur lelaki dipenjara 12 bulan dan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan, pada Jumaat, atas kesalahan mencuri alat perakam memandu di sebuah kedai.

Awangku Jufaiz Abd Ghani, 24, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas pertuduhan mencuri pemain Android dan kamera 360 di kedai aksesori Jaya Automart, Putatan Grand Plaza, pada 12.40 tengah hari 29 Julai tahun ini.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa sebelum kejadian, Jufaiz memasuki premis itu dengan helah mahu meninjau peranti Dashcam di mana pengadu membawa keluar DVD Dashcam, pemain Android, dan peranti kamera 360 untuknya.

Pemain Android dan kamera 360 kemudiannya diletakkan di kaunter untuk pembayaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jufaiz berpura-pura memeriksa peranti itu buat kali kedua manakala pada masa yang sama pengadu melayan pelanggan lain. Jufaiz kemudiannya melarikan peranti itu tanpa membuat pembayaran.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 30 tahun didenda RM25 atau penjara sehari kerana berkelakuan secara mengancam terhadap ibunya dan mengganggu ketenteraman.

Md Salim Lamdin mengaku melakukan kesalahan itu dengan mengamuk dan membaling pasu bunga plastik ke arah ibunya pada jam 8.30 malam, 30 Julai lalu, di sebuah rumah di Kg Tanjung Aru Lama.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 8(1)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda RM25, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lagi lelaki turut diperintah membayar denda RM25 atau penjara sehari kerana melakukan kesalahan serupa.

Braxton Shak, 26, mengaku bersalah melawan dan memukul Roslan Majul pada 6.15 petang 31 Julai lalu di pasar raya Bataras, Kolombong.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here