Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jangan sisihkan murid berkeperluan pendidikan khas
Published on: Sunday, August 06, 2023
Published on: Sun, Aug 06, 2023
Text Size:
Text:
Jangan sisihkan murid berkeperluan pendidikan khas
PETO (tengah) bersama atlet dan yang lain selepas acara.
Kota Kinabalu: Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) tidak boleh disisihkan, kata Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim.

Menurutnya, golongan murid ini perlu sentiasa dibimbing dan digilap dalam semua bidang demi masa depan yang sempurna dan terjamin.

Advertisement
“Ramai antara kita tidak menyedari MBPK ini memerlukan perhatian dan bimbingan, khususnya dalam semua aspek.

“Jika anak-anak ini dapat digilap maka banyak pencapaian hebat dapat mereka capai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebagai sebahagian daripada Masyarakat Madani, kita perlu memainkan peranan lebih berkesan dan memberi perhatian khusus dalam membantu MBPK agar mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan negara,” ujarnya ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Kinabalu di Stadium Likas, pada Sabtu.

Peto berkata kejohanan tersebut bertujuan membantu MBPK agar boleh bekerjasama dalam satu pasukan, membentuk daya saing, komited dan berdisiplin.

Advertisement
“Acara seperti ini memberi peluang kepada setiap MBPK yang terlibat untuk saling kenal mengenali satu sama lain dengan lebih erat lagi.

“Selain itu, kejohanan ini dapat menjadi landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat saling hormat menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi,” tambahnya.

Advertisement
Seramai 226 atlet dari 11 sekolah rendah dan lima sekolah menengah yang mempunyai MBPK di Kota Kinabalu mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu, Suhaimi Matshah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here