Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Buaya: Komuniti pesisir pantai Kunak diminta waspada
Published on: Sunday, August 06, 2023
Published on: Sun, Aug 06, 2023
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Buaya: Komuniti pesisir pantai Kunak diminta waspada
Semua pengusaha pusat rekreasi dan penduduk kampung, khususnya di kawasan perairan dan pesisir pantai di sini, diseru agar mengambil perhatian terhadap kemunculan buaya yang dikatakan dilihat di kawasan laut dekat Kg Pangkalan, pada petang Jumaat. - gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja
KUNAK: Semua pengusaha pusat rekreasi dan penduduk kampung, khususnya di kawasan perairan dan pesisir pantai di sini, diseru agar mengambil perhatian terhadap kemunculan buaya yang dikatakan dilihat di kawasan laut dekat Kg Pangkalan, pada petang Jumaat.

Ia selepas laman Facebook Orang Kunak pada Jumaat memaparkan sebuah video berdurasi 23 saat mengenai kemunculan seekor buaya sedang berenang berhampiran Kg Pangkalan di sini. 

Advertisement
Pegawai Daerah Kunak, Awang Mohd Yusof berkata pemimpin di peringkat kampung, termasuk ketua kampung serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) juga harus memaklumkan kepada penduduk di kawasan kawalan mereka untuk sentiasa berwaspada terhadap reptilia berbahaya itu. 

Ini khususnya apabila mereka berada di kawasan laut dan sekitar atau ketika menjalankan aktiviti harian, termasuk semasa memancing ikan, katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Awang, pihaknya sebelum ini telah membawa kepada mesyuarat, perkara berkaitan kemunculan buaya di perairan Kunak, termasuk di kawasan laut Pangi.

“Perkara ini dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa bencana dan tindakan daerah sebelum ini, yang mana agensi berkaitan termasuk jabatan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan Majlis Daerah Kunak (MDKNK) menjalankan pemantauan berkala di kawasan rekreasi awam,” katanya.

Advertisement
Tambahnya, pada masa sama pemimpin di peringkat kampung dan pengusaha pusat rekreasi awam perlu mengambil pendekatan serupa dengan memasang papan tanda amaran untuk komuniti.

Menurutnya, dalam satu kejadian sebelum ini,  jaring sangkar ikan milik seorang penternak dekat perairan Pangi di sini dirosakkan, dipercayai oleh buaya. Ikan peliharaan di dalam sangkar itu turut dimakan oleh haiwan tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here