Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Reman wanita, teman lelaki disyaki terbabit kematian kanak-kanak di Taiping disambung enam hari
Published on: Sunday, August 06, 2023
Published on: Sun, Aug 06, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Reman wanita, teman lelaki disyaki terbabit kematian kanak-kanak di Taiping disambung enam hari
IPOH: Tempoh tahanan reman seorang wanita dan teman lelakinya yang dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di Taman Panglima, Assam Kumbang di Taiping minggu lalu, disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata permohonan untuk menyambung reman terhadap kedua-dua suspek dibuat pagi tadi apabila tempoh tahanan reman berakhir hari ini.

Advertisement
"Kedua-duanya disambung reman bermula esok (7 Ogos) hingga 12 Ogos. Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

31 Julai lalu, seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah hasil maklumat orang awam dan hasil siasatan awal mendapati terdapat unsur penderaan terhadap mangsa terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Polis kemudiannya menahan ibu mangsa dan teman lelaki yang masing-masing berumur 36 tahun dan 30-an yang turut tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here