Tenom: Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) merangka banyak program untuk mendekati rakyat dalam usaha mempromosikan budaya masyarakat pelbagai etnik di negeri ini.
Timbalan Pengerusi LKNS Stanis Buandi berkata, usaha itu diterjemahkan menerusi program Hentian Budaya (Cultural Pit stop) yang telah dan akan dilaksanakan di daerah-daerah di Sabah. Katanya, Hentian Budaya merupakan inisiatif LKNS untuk menarik pelancong bukan sahaja dari dalam negeri tetapi juga luar negara.
"Banyak program sekarang ini sedang dirangka untuk kita mendekati rakyat bukan sahaja bagi tujuan pelancongan tetapi mempromosikan budaya kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Inalisan Cultural Night sempena Hentian Budaya di Pusat Kebudayaan Murut dekat sini, Jumaat.
Advertisement





