KENINGAU: Dua pasukan terdiri daripada empat pelajar semester pertama Kolej Vokasional Keningau masing-masing muncul johan dan naib johan dalam Pertandingan Robotik Peringkat Negeri dalam kategori PikaBot, baru-baru ini.
“Pertandingan ini, yang berlangsung dari jarak jauh, dikenali sebagai Kejohanan Tahunan Rero (RAC). Rero ialah sejenis robot yang dibangunkan khas untuk melatih kemahiran pengaturcaraan,” kata Ketua Penyelidikan dan Inovasi Kolej, Dr Sirhajwan Idek, di sini.
Beliau berkata pasukan pertama terdiri daripada Harniaty Enn dan Dayang Nur Dhaniyah Ag Musidi yang merupakan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Seni Kulinari, manakala pasukan kedua dianggotai oleh Sheilvie Crystal Stenlee dan Alley Alveela Kiflee @ Felix.
Advertisement





