Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Polis Terengganu terima laporan hantaran palsu rancangan merusuh
Published on: Monday, August 07, 2023
Published on: Mon, Aug 07, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Polis Terengganu terima laporan hantaran palsu rancangan merusuh
Polis berkata mereka komited mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam, justeru semua pihak diminta memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan sepanjang tempoh berkempen.
PETALING JAYA: Polis Terengganu menerima satu laporan hantaran palsu di media sosial mendakwa terdapat rancangan merusuh oleh sebuah gabungan politik.

Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu, Noor Halim Nordin, berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Chukai, Kemaman semalam.

Advertisement
“Berdasarkan laporan itu, pengadu terlihat satu hantaran ayat berbunyi ‘UMDAP sedang cuba mencipta rusuhan seperti mana yang berlaku pada 13 Mei’.

“Hantaran itu dilihat ketika pengadu melayari Facebook,” katanya menurut Sinar Harian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam perkembangan lain, Halim berkata 55 permohonan mengadakan ceramah diluluskan Sabtu lalu, membabitkan Perikatan Nasional (36), Barisan Nasional (18) dan Pakatan Harapan (1).

Advertisement
Katanya, polis komited mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam, justeru semua pihak diminta memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan sepanjang tempoh berkempen.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here