TAWAU: Tiga pemilik syarikat kontraktor, termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pada Rabu, atas 30 pertuduhan berasingan - menggunakan dokumen palsu untuk menipu bagi mendapatkan kerja-kerja penyelenggaran di empat buah sekolah di sini, yang dianggarkan berjumlah lebih RM1.1 juta.
Lahama Abdul Halim, 45, Norman Jamil, 42, dan Juhanifah Musa, 36, mengangguk faham pertuduhan dan mengaku tidak bersalah selepas kertas pertudungan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Jason Ak Juga.
Mahkamah menetapkan 12 September 2023 bagi pengurusan kes untuk ketiga-tiga tertuduh yang masing-masing tidak diwakili peguam serta ditawarkan wang jaminan RM20, 000 dengan deposit RM5, 000.00 serta seorang penjamin tempatan.