Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Beri insentif kepada pengantin baharu kali pertama: Masiung
Published on: Thursday, August 10, 2023
Published on: Thu, Aug 10, 2023
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Beri insentif kepada pengantin baharu kali pertama: Masiung
Beliau berkata perkara ini amat membimbangkan memandangkan ada kalanya anak bujang ini mahu berkahwin tetapi tidak mampu kerana tidak mempunyai RM5,000 pun.
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah mencadangkan kerajaan memberi insentif kepada pasangan pengantin baru pertama kali melalui peruntukan Tabung Amanah Khas Negeri Sabah.

"Kebanyakan anak muda kita tidak mampu mendirikan rumah tangga. Saya tidak pasti mengapa, mungkin kerana mereka belum mempunyai pekerjaan, atau mungkin kerana berian terlalu mahal pada masa kini," katanya ketika membahaskan Enakmen Kumpulan Wang Amanah (Pindaan) 2023.

Advertisement
“Mungkin kerajaan boleh menunjukkan keprihatinan kepada belia bujang ini, mereka yang baru berkahwin kali pertama, bukan kali kedua atau ketiga, dengan memberi insentif daripada Tabung Amanah Khas,” sarannya.

Beliau berkata perkara ini amat membimbangkan memandangkan ada kalanya anak bujang ini mahu berkahwin tetapi tidak mampu kerana tidak mempunyai RM5,000 pun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Saya membawa perkara ini memandangkan banyak skim kerajaan untuk pelajar universiti yang dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri kita, antara lain," katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here