Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita Thailand langgar syarat pas lawatan didenda RM800
Published on: Thursday, August 10, 2023
Published on: Thu, Aug 10, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita Thailand langgar syarat  pas lawatan didenda RM800
Suttita telah melanggar syarat pas itu dengan bekerja sebagai tukang urut di Beaufort, sedangkan pas itu hanya menyatakan dan membenarkan dia bekerja di Labuan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 26 tahun dari Thailand didenda RM800 atau penjara dua minggu kerana melanggar syarat pas lawatan sosialnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Suttita Papol yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Suttita telah melanggar syarat pas itu dengan bekerja sebagai tukang urut di Beaufort, sedangkan pas itu hanya menyatakan dan membenarkan dia bekerja di Labuan.

Dia melakukan kesalahan itu pada 3.45 petang 10 Mei tahun ini di pusat urut Sabye Wellness & Reflexology di Beaufort Sentral, Beaufort.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan mengikut Seksyen 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Chin Tze Mee dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan, sementara peguam Korventt Wheezar E Jomiji mewakili Suttita.

Advertisement
Di mahkamah lain, seorang lelaki berusia 48 tahun dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil syabu secara berulang.

Ambrose Peter Ragut mengaku di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Dia didapati mengambil dadah itu pada 20 Feb lepas selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini.

Ambrose mempunyai dua rekod sabitan untuk kesalahan mengambil dadah.

Selepas hukuman penjaranya tamat, mahkamah memerintahkan dia diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here