Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tiga pemilik syarikat nafi guna dokumen palsu: Untuk dapatkan kontrak lebih RM1.1 juta
Published on: Thursday, August 10, 2023
Published on: Thu, Aug 10, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Tiga pemilik syarikat nafi guna dokumen palsu: Untuk dapatkan kontrak lebih RM1.1 juta
Dari kiri: Lahama, Norman dan Juhanifah
TAWAU: Tiga pemilik syarikat kontraktor, termasuk seorang wanita, didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pada Rabu, atas 30 pertuduhan berasingan menggunakan dokumen palsu untuk menipu bagi mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan di empat sekolah di sini, yang dianggarkan berjumlah lebih RM1.1 juta.

Lahama Abdul Halim, 45, Norman Jamil, 42, dan Juhanifah Musa, 36, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Jason Ak Juga.

Advertisement
Lahama selaku pemilik syarikat Fajar Mario Engineering berdepan sembilan pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun Bank Islam bernombor 10025010058476 bertarikh antara 30 April - 30 Jun 2020, untuk tujuan menipu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja penyelenggaraan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Tawau 2020, di SMK Kinabutan, SMK Balung dan SMK Kalabakan antara 17 hingga 28 Julai 2020.

Tertuduh turut berdepan enam pertuduhan - menjadikan 15 kesemuanya - iaitu menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun Bank Islam bernombor 10025010059600 bagi Raudhah Enterprise bertarikh 30 Mei hingga 30 Jun; Perakuan Pendaftaran CIDB Malaysia; Sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB Malaysia dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan; dan Sijil Pendaftaran atas nama Raudhah Enterprise.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dokumen tersebut bertujuan menipu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan kemudahan lain berkaitan di SMK Abaka pada 20 Julai 2020.

Manakala, Norman sebagai pekongsi dalam Syarikat Fajar Mario Engineering berdepan sembilan pertuduhan bersubahat dengan Lahama atas kesalahan sama untuk projek tersebut di SMK Balung, SMK Kinabutan dan SMK Kalabakan, pada tarikh sama.

Advertisement
Juhanifah pula selaku pemilik syarikat Raudhah Enterprise berdepan enam pertuduhan bersubahat dengan Lahama atas kesalahan untuk projek di SMK Abaka, pada tarikh sama.

Lahama didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Norman dan Juhanifah didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 September 2023 bagi pengurusan kes untuk ketiga-tiga tertuduh, yang masing-masing tidak diwakili peguam, serta ditawarkan wang jaminan RM20,000 dengan deposit RM5,000 serta seorang penjamin tempatan.

Mereka juga dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri dua bulan sekali di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat, menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan..

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee dan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom tampil mendakwa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here