Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hajiji: Kenapa Sabah sokong penuh Anwar
Published on: Thursday, August 10, 2023
Published on: Thu, Aug 10, 2023
Text Size:
Text:
Hajiji: Kenapa Sabah sokong penuh Anwar
Hajiji berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kehadiran beliau bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Anwar mengiringi calon-calon Kerajaan Perpaduan ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu di Gombak, Selangor, pada 29 Julai. 
SOKONGAN padu kerajaan Sabah kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memastikan negara dapat bergerak lebih maju ke hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata Kerajaan Perpaduan adalah masa depan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.

Advertisement
“Bagi kita, inilah masa depan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan untuk kita melangkah maju ke hadapan. Inilah landskap politik negara yang harus kita pelopori supaya tidak ada satu kaum pun ketinggalan kerana walau kecil manapun mana-mana kaum mereka mempunyai harapan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Hajiji berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kehadiran beliau bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Anwar mengiringi calon-calon Kerajaan Perpaduan ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu di Gombak, Selangor, pada 29 Julai.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kedua-dua pemimpin dari Sabah dan Sarawak itu membuat penampilan sulung bersama dengan pemimpin Persekutuan untuk menunjukkan sokongan padu kepada calon daripada parti kerajaan yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Sementara itu, penganalisis politik Dr Syahruddin Awang Ahmad berpendapat kehadiran Hajiji pada hari penamaan calon tersebut menggambarkan sikap serta pendirian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang jelas kekal berada di sisi Kerajaan Perpaduan dalam semua bentuk gerak kerja.

Advertisement
“Hal yang demikian turut mencerminkan sokongan moral Hajiji sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah di Sabah terhadap individu calon yang bertanding di PRN Selangor,” katanya kepada Bernama. Syahruddin yang juga Penyelidik Geo-Politik dan Elektoral Sabah (GeOpeS) Universti Malaysia Sabah (UMS) menambah kehadiran Hajiji itu juga membina imej bersatu dan saling menyokong untuk mengekalkan status quo Kerajaan Perpaduan sedia ada demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Advertisement
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon melibatkan enam negeri, iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan pada 29 Julai dan tarikh pengundian pada 12 Ogos sementara pengundian awal diadakan pada 8 Ogos. Pilihan raya negeri ini adalah untuk menentukan 36 kerusi dewan undangan negeri di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here