Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Autonomi pendidikan, kesihatan hampir pasti
Published on: Thursday, August 10, 2023
Published on: Thu, Aug 10, 2023
Text Size:
Text:
Autonomi pendidikan, kesihatan hampir pasti
HAJIJI (keempat dari kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Pengarah Yayasan Sabah Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar dan Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya memberikan tanda bagus kepada penerima pada majlis anugerah pada 1 Ogos itu.
KERAJAAN Sabah yakin autonomi negeri dalam hal pendidikan dan kesihatan, seperti yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), akan menjadi kenyataan di bawah Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Fadillah Yusof mengenai perkara itu, yang mengatakan autonomi lebih besar akan memastikan sistem pendidikan negeri untuk terus maju.

Advertisement
Ia akan memudahkan Kerajaan Negeri melaksanakan dan mempercepatkan projek pendidikan, selain pelantikan tenaga pengajar.

“Usaha untuk mengagihkan kuasa pendidikan ini juga secara tidak langsung membuktikan kepercayaan Kerajaan Persekutuan terhadap jentera Kerajaan Negeri khususnya dalam meningkatkan kapasiti sistem pendidikan di negeri ini,” kata Ketua Menteri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berucap pada majlis Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Negeri Sabah (ABCNS) ke-34 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, pada 1 Ogos.

“Kami percaya pada autonomi. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempunyai fleksibiliti untuk pelbagai isu berkaitan pendidikan.

Advertisement
“Pegawai di peringkat negeri lebih mengetahui masalah rakyat di kawasan sendiri. Dengan itu, kawalan dan penyeliaan akan dilaksanakan dengan lebih baik. Ini secara tidak langsung membolehkan masalah rakyat diurus dengan lebih cekap dan cepat,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri membelanjakan RM35 juta pada 2022 untuk beberapa inisiatif bagi mengukuhkan modal insan Sabah untuk masa depan sejahtera.

Advertisement
Ini termasuk program Budi, Bistari, Bakti, Bagus, PIBG, Aksa, Bisbah dan Baik. Ia memberi manfaat kepada 41,590 pelajar, 3,044 bayi selain 1,500 sekolah dan 630 persatuan ibu bapa guru (PIBG).

Sementara itu, RM43 juta disediakan Kerajaan Negeri dalam bajet 2023 untuk tujuan sama.

Hajiji berkata, inisiatif itu berbentuk bantuan tunai pendaftaran pengajian tinggi, Skim Simpanan Pendidikan Nasional, bantuan peperiksaan, anugerah kecemerlangan, sumbangan peralatan sekolah, komputer riba dan bantuan kepada PIBG.

Inisiatif itu jelas merupakan komitmen untuk menekankan peningkatan peluang pendidikan inklusif untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang mereka. Kesemua inisiatif itu terbukti memberi banyak manfaat terutama dalam mengurangkan beban kewangan golongan kurang berkemampuan.

Tahun ini, dua inisiatif baharu akan dilaksanakan iaitu Program Bantuan Khas Pendidikan Sabah (Bantu) dan Bantuan Penyelenggaraan Sekolah Kecil (Balkis).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here