Kota Kinabalu: Sedih melihat masih lagi berlaku penderaan fizikal di Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Sabah. Ia adalah tindakan kejam yang dilakukan oleh pengasuh yang sepatutnya memberi perlindungan kepada mereka.
Ketua Bahagian Kawang Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah) Beverley Koh berkata, beliau sedih dengan kejadian penderaan terhadap kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah taska di Penampang, yang kisahnya tular beberapa hari yang lalu.
“Kejam. Walaupun sudah banyak kes dilaporkan, masih lagi ada taska yang tidak serik-serik dan sanggup menyalahi peraturan yang disediakan sebagai pengusaha. Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang tegas dengan menghukum mereka.
“Saya sangat memandang serius kes buli dalam kalangan pengasuh/guru sebab ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada anak yang didera,” katanya mengulas isu penderaan ini, pada Khamis.
Advertisement





