Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis buru tiga suspek tetak teman lelaki bekas isteri 
Published on: Saturday, August 12, 2023
Published on: Sat, Aug 12, 2023
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Polis buru tiga suspek tetak teman lelaki bekas isteri 
Insiden serangan itu yang dirakam oleh CCTV. Gambar kiri: DUA daripada tiga suspek yang diburu polis – Winhal (atas) dan Abdel (bawah).
Kota Kinabalu: Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menetak teman lelaki bekas isterinya di sini, malam Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian itu berlaku di kawasan lapang bulatan Menara Kinabalu sekitar jam 9 malam.

Advertisement
Menurut Mohd Zaidi, dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 39 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka, tangan dan kaki manakala teman wanitanya, 30, sempat menyelamatkan diri. 

“Pasangan itu dikatakan sedang makan di dalam kereta ketika diserang oleh tiga lelaki termasuk seorang daripadanya bersenjatakan kapak. Mangsa lelaki cedera akibat serangan itu namun mereka sempat menyelamatkan diri dan pergi ke Balai Polis Alamesra. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan. Teman wanitanya tidak mengalami kecederaan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menambah, motif serangan ini dipercayai akibat rasa cemburu iaitu salah seorang lelaki terbabit yang dikenali sebagai Winhal Jalali, 37, adalah bekas suami kepada wanita terbabit.

Mohd Zaidi berkata, susulan kejadian itu polis kini memburu ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam serangan tersebut. 

Advertisement
“Selain Winhal, dua lagi suspek ialah Abdel Jalali, 27, dan seorang rakan mereka yang belum dikenal pasti. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Khaidir Zakarian di talian 014-8019618,” katanya. 

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here