SANDAKAN: Sabah sehingga kini mempunyai 1,707 koperasi berdaftar dan mencatatkan jumlah jualan RM569.71 juta bagi 2022.
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah, Matias Kundapin berkata, pada tempoh yang sama, terdapat 83 koperasi atau 4.8 peratus daripada jumlah itu yang terlibat dalam perniagaan perladangan.
Jelasnya, walaupun jumlah koperasi tersebut dilihat kecil, tetapi koperasi-koperasi berkenaan menyumbang RM242.12 juta atau 42.5 peratus daripada jualan tersebut.
Advertisement





