Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Kerajaan Negeri salur RM15 juta bantu perkasa IKS di Sabah’
Published on: Sunday, August 13, 2023
Published on: Sun, Aug 13, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Kerajaan Negeri salur RM15 juta bantu perkasa IKS di Sabah’
Gambar sekadar ilustrasi. - Bernama
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM15 juta bagi menyokong, memperkasa serta memantapkan lagi Program Bantuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata selain itu RM6.17 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan bagi mempergiatkan promosi produk Sabah, serta RM7.1 juta kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) bagi meneruskan usaha menyedia dan membangunkan premis perniagaan, kedai-kedai sosio-ekonomi termasuk penganjuran program keusahawanan tahun ini.

Advertisement
“Justeru itu saya mahu usahawan merebut peluang yang disediakan kerajaan, di samping meningkatkan ilmu dan kemahiran agar produk mereka mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa," katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan pada majlis perasmian Karnival Keusahawanan dan Kerjaya (SabahFEC) 2023 Zon Pantai Timur di sini malam tadi.

Karnival SabahFEC itu dianjurkan oleh Exco Wanita Biro Keusahawanan Wanita Negeri Gagasan Rakyat dengan kerjasama Persatuan Double A Martial Arts Tawau. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"SabahFEC merupakan platform terbaik untuk pencari kerja dan usahawan memanfaatkan kemudahan sekali gus memperkasa ekonomi diri, antaranya mendapatkan maklumat bantuan geran dana usahawan, khidmat pengurusan kewangan termasuk peluang kerjaya," kata Hajiji.

Katanya beliau mahuksn supaya pelaksanaan SabahFEC diperluskan ke zon-zon lain di Sabah, agar lebih ramai rakyat mendapat manfaatnya. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here