Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Lupakan kekalahan besar, fokus perlawanan malam ini’
Published on: Sunday, August 13, 2023
Published on: Sun, Aug 13, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
‘Lupakan kekalahan besar, fokus perlawanan malam ini’
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee
Kota Kinabalu: Pemain-pemain Sabah FC mesti terus fokus untuk memastikan kedudukan tiga teratas kekal dalam jangkauan pasukan itu apabila menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas malam ini.

Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee meminta pemain melupakan kekalahan besar kepada Johor Darul Ta’zim FC pada Rabu lalu di mana mereka dibelasah 1-5 dan sebaliknya fokus sepenuhnya pada perlawanan malam ini.

Advertisement
“Pemain-pemain mesti meletakkan kekalahan itu di belakang dan menumpukan perhatian untuk memenangi perlawanan menentang KL City malam esok bagi memulihkan keyakinan daripada penyokong.

“Kami memerlukan keputusan positif dan tidak boleh mengalami satu lagi kekalahan yang menyebabkan kami kehilangan mata berharga untuk berada di landasan tepat bagi menamatkan saingan di kelompok tiga teratas pada penghujung musim,” katanya pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ia akan menjadi satu tugas yang sukar kerana Kuala Lumpur City FC telah menjadi musuh ketat Sabah FC musim ini selepas tewas kepada mereka 1-0 di tempat lawan pada pusingan pertama liga pada April diikuti dengan kekalahan 1-2 dalam saingan suku akhir Piala FA di sini di Stadium Likas pada Mei.

Ini akan menjadi misi membalas dendam buat Sang Badak tetapi Ong mungkin masih perlu melakukannya tanpa beberapa pemain utama akibat kecederaan. 

Advertisement
Beliau sebelum ini mengakui ketiadaan pemain-pemain ini dalam perlawanan pada Rabu lalu adalah antara faktor kekalahan besar pasukan.

“Kami masih mempunyai beberapa pemain termasuk Saddil (Ramdani) dan Cifuentes (Miguel) yang berada dalam senarai kecederaan.

Advertisement
“Saya harap mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk pulih untuk perlawanan itu kerana kita mempunyai satu hari lagi untuk melihat keadaan mereka sebelum sepak mula,” katanya. 

Sementara itu, perlawanan Sabah FC yang seterusnya adalah aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia menentang Kuching City FC di sini di Stadium Likas sebelum bertemu Negeri Sembilan FC juga di tempat sendiri pada 26 Ogos dalam saingan liga. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here