SANDAKAN: Hospital Duchess of Kent (HDOK) sedang mengesan keluarga atau waris kepada seorang pesakit lelaki yang kini dirawat di wad pembedahan lelaki hospital sejak 9 Ogos lalu.
Pengarah HDOK, Dr. Mohd Fahmie Othman berkata, pesakit bernama Felix Peter Dole itu tidak mempunyai kad pengenalan diri.
“Pesakit ini dijumpai di Pasar Kim Fung Batu 4 dan dibawa ke hospital menggunakan ambulan.
“Pesakit menghidapi edema otak, boleh bercakap namun dia langsung tidak mengingati apa-apa pun,” katanya.
Jelasnya lagi, pihak hospital menghadapi kesukaran memperolehi data dan latar belakang Peter disebabkan keadaan pesakit tersebut.
Waris serta keluarga pesakit lelaki ini boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Angeline Yong di 089-248599 atau 011-54305309. – Winnie Kasmir