Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Polis terima 94 laporan salah guna MyKad pada hari mengundi di enam negeri
Published on: Sunday, August 13, 2023
Published on: Sun, Aug 13, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis terima 94 laporan salah guna MyKad pada hari mengundi di enam negeri
KUALA LUMPUR: Polis menerima sejumlah 94 laporan berhubung kesalahan menggunakan  nama dan kad pengenalan (MyKad) orang lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain, berkata Selangor merekodkan jumlah laporan tertinggi membabitkan kesalahah tersebut iaitu 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20),Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah dan Terengganu.

Advertisement
katanya, kesalahan tersebut membabitkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.

“Sebanyak 111 kertas siasatan dibuka daripada 181 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan pada hari pengundian semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata sebanyak 240 kertas siasatan dibuka membabitkan 1,951 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen PRN di enam negeri sehingga semalam.

Razaruddin berkata 78 kertas siasatan dibuka di Selangor diikuti masing-masing 42 di Pulau Pinang dan Kedah, Terengganu (34), Negeri Sembilan (25) dan Kelantan (19).

Advertisement
“Setakat semalam, kita telah menahan 15 individu iaitu sembilan orang di Kedah dan masing-masing dua di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata PDRM meluluskan 4,506 permit dalam tempoh berkempen yang bermula pada 29 Julai lalu dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu 976 permit diikuti Selangor (933), Kelantan (882), Terengganu (768), Negeri Sembilan (495) dan  Pulau Pinang (452).

Advertisement
Kesalahan lain yang dilaporkan adalah khianat bendera, mempamer logo politik, menghalang penjawat awam dan perhimpunan menyalahi undang-undang, katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here